Everything

Everything
THE WHOLE NINE YARDS

Thursday, 2 June 2011

PENGGUNAAN SEMULA WANG SYILING 1 SEN

Salam....

Kehidupan semakin tersepit. Kebanyakkan orang akan mengeluh. Manakan tidak. Harga barang semakin meningkat. Semuanya naik. Hari ini kita tidak dapat lagi menikmati harga 1 tin susu sweetened creamer 505 gram dibawah RM 2.00. Harga telah mencecah sehingga RM 2.40, ada yang sehingga RM 2.50, RM 2.60. Kunjungilah ke pusat membeli belah dan anda akan dapati harganya lebih kurang sama. Kalau ada yang menawarkan harga rendah pun disebabkan tarikh luput yang sudah hampir. Ini baru dikaitkan dengan harga susu, barangan lain? Inilah realiti kehidupan yang terpaksa dihadapi dan dipikul oleh semua pengguna. Walaupun harga barang melambung naik, "beli tetap beli" kerana ianya barang keperluan seharian.
Persoalannya mengapakah kenaikan itu begitu mendadak, kerap dan tidak relevan. Naik bukannya sedikit. Sekali berlaku kenaikan mencecah 20 hingga 30 sen. Nilai kenaikan semuanya adalah "round-up figures" iaitu samada 5 sen atau 10 sen. Senang cerita...sudah tidak ada kawalan lagi. Naik, naik dan terus naik pada bila bila masa dan mengikut suka. Tidak ada langsung mekanisma kawalan. Yang sudah pasti bebanan pada pengguna. Apalah erti kenaikan pertumbuhan ekonomi yang mampan tetapi harga barang terus melambung. Apa peduli dengan itu semua? Yang penting rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa dan tidak membebankan. Sudah sampai masanya slogan "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan". Untuk lebih relevan, kerajaan sepatutnya beri fokus lebih kepada "rakyat didahulukan". Lupakanlah buat sementara pada "pencapaian diutamakan". Kenaikan harga barang perlu dikawal dengan berkesan dan kalau ada kenaikan pun dengan angka yang munasabah. Untuk itu, penggunaan semula wang syiling 1 sen diperkenalkan semula sebagai mekanisma kawalan. Sebagai contoh, sekiranya kenaikan harga gula hanyalah 10 sen, pastikan harga minuman seperti teh, kopi dsb tidak berlaku kenaikan. Kelayakkan kenaikan harga hanya boleh dipertimbangkan apabila berlaku kenaikan pada barang keperluan asas seperti gula, beras yang mencecah sehingga 30% kenaikan. Ini adalah sebagai contoh sahaja dan mungkin ada cara yang lebih baik. Janganlah rakyat selalu menjadi mangsa apabila berlaku krisis kenaikan harga. Sudah sampai masanya syiling 1 sen dipergunakan semula dalam urusniaga harian. Salam....   

No comments:

Post a Comment