Everything

Everything
THE WHOLE NINE YARDS

Friday, 3 June 2011

MENGAPA MENTALITI BEGINI DAN SALAH SIAPA

Salam....

Pernah kah anda alami ketika sedang memandu kereta, anda mendapati sebuah motosikal ditunggangi oleh warga emas begitu perlahan sekali memenuhi ruang jalan, dan ketika anda cuba untuk memotong, dengan tiba tiba sahaja, motor yang ditunggangi membelok ke kanan tanpa memberi sebarang isyarat dan anda terpaksa membuat "emergency brake" untuk mengelak dari terjadinya kemalangan. Kemudian dengan selamba, penungang tersebut bersahaja tanpa rasa bersalah seolah olah tiada apa apa yang berlaku.
Atau pernah kah anda terlihat sekumpulan anak muda sedang bersembang diatas motor beramai ramai memenuhi ruang jalan, dan anda terpaksa memberhentikan kenderaan anda bagi memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari laluan hadapan sebelum anda membelok sedikit dan meneruskan perjalanan anda semula. Senario yang sama, anak anak muda buat tidak reti sahaja ditambah dengan gelak ketawa atau terjerit jerit sesama sendiri yang jelas mempamerkan sikap yang kurang ajar, angkuh dan biadap.
Atau pernah kah anda melihat begitu ramai yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dengan tidak mengira usia. Anda boleh lihat ada dikalangan penunggang baru berusia 7 atau 8 tahun diboncengi oleh adik atau kawan kawan seusia. Bukan sahaja menunggang tanpa lesen tetapi membawa motor dengan begitu laju dengan aksi yang bahaya (wheelie).
Sebenarnya anda boleh melihat jelas senario ini dikawasan tanah rancangan Felda. Boleh dikatakan disemua tanah rancangan Felda. Maaf kalau dikatakan ini tuduhan yang melampau tetapi inilah realiti kehidupan dikawasan perkampungan Felda. Sudah menjadi masalah atau isu yang hangat diperkatakan. Rempit merempit adalah perkara biasa. Anak anak muda berkumpul memenuhi kawasan jalan tanpa mengira masa adalah perkara biasa. Bercampur gaul lelaki perempuan perkara biasa. Bersembang sembang atas motor bersebelahan bercampur lelaki perempuan dan menggangu perjalanan kenderaan dibelakang adalah perkara biasa. Bertemu atau "dating" berhenti ditepi jalan sesuka hati tanpa rasa malu dihadapan rumah sesiapa pun adalah perkara biasa. Kedai kopi dipenuhi oleh warga peneroka sepanjang masa adalah perkara biasa. Pendek kata BIASAK LAH.... Belum lagi cerita cerita lain mengenai keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja atau kecurangan suami isteri. Suami punya "affair" dengan isteri orang dan kadang kadang tu sesama kawan sendiri. Setiap hari bertemu sebagai kawan tetapi disebaleknya mempunyai hubungan dengan isteri atau suami kawan sendiri. Mengapa jadi begini??? Mengapa mentaliti begini??? Salah Siapa??? Adakah kita mahu melihat atau merelakan perkara ini berterusan berlaku??? Puas sudah perkara rosak akhlak, masalah remaja ini dibentangkan, dibincangkan, diperdebatkan, diusulkan dan sudah berapa banyak Pengerusi Felda sileh berganti tetapi sehingga ke hari ini, masalah yang dihadapi tetap serupa / sama seolah olah sudah jadi masalah tegar yang tiada penghujungnya dan tidak boleh diubah lagi....
Kita sebenarnya patut merasa sedih kerana rata rata warga peneroka adalah golongan orang MELAYU.
Sebenarnya dalam hal ini, peranan ibu bapalah yang paling penting. Sebagai ibu atau bapa kita jangan benarkan anak anak yang kecil menunggang motor. Yang besar kita pastikan mereka memperolehi lesen terlebih dahulu. Disiplinkan anak kita dan kita perlu tegas. Jangan mudah meletakkan kunci kenderaan, surukkan kunci motor atau sentiasa pegang dan berada ditangan kita. Yang rosaknya, kadang kadang kita sebagai ibu bapa pula yang menjadi penggalak atau menyuruh anak anak kita membuat itu dan ini dan tidak hairanlah kecil kecil pun telah diajar dengan perkara yang salah. Pernahkah kita sebagai ibu bapa memastikan yang semua anak anak berada dirumah apabila telah sampai waktu maghrib? Tidak balek 2 hari pun tidak menjadi kerunsingan. Itulah realitinya. Kita mesti sedar bahawa anak anak yang sedang membesar atau remaja masih mentah dan akal mereka tidak panjang. Buat sesuatu pasti mengikut perasaan atau nafsu sebab berjiwa muda. Sebab itu kita kena sentiasa mengambil berat, ambil tahu kerana remaja ini hanya memikirkan keseronokan sebab mereka ini masih tidak ada lagi tanggungjawab. Sekali sekala ibu bapa perlu mencerobohi bilik anak anak remaja untuk mengetahui apa apa yang tidak kita ketahui selama ini samada berlaku aktiviti aktiviti yang dilarang atau yang tidak sihat. Walaupun perbuatan mencerobohi itu adalah salah dan tidak berintegriti atau perkara yang tidak baik, tetapi sebagai ibu bapa kita mempunyai hak atau kuasa mutlak berbuat demikian atau kita boleh"overrule" kerana kita sebagai ketua keluarga. Hakikatnya itu anak kita sendiri dan bukannya orang lain. Bukan kah baik kita mencegah sebelum parah? Banyak lagi peranan ibu bapa yang harus dimainkan bagi membentuk akhlak yang baik dikalangan anak anak. Janganlah diletakkan untuk membentuk akhlak ini disandarkan sepenuhnya kepada guru guru sekolah. Guru pada dasarnya ditugaskan untuk mengajar matapelajaran atau subjek sekolah dan bukanlah untuk menjaga atau memantau aktiviti anak kita. Kalau ada guru yang mengambil berat keatas anak kita adalah dikira sudah cukup baik dan patut kita berterima kasih kepada mereka dan tidak memarahi mereka apabila guru guru menegur anak anak kita. Marilah kita sebagi ibu bapa yang bertanggung jawab sungguh sungguh memainkan peranan kita dalam membentuk akhlak dan pemikiran anak anak kita agar menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Fikir fikirkan....Salam....

Thursday, 2 June 2011

PENGGUNAAN SEMULA WANG SYILING 1 SEN

Salam....

Kehidupan semakin tersepit. Kebanyakkan orang akan mengeluh. Manakan tidak. Harga barang semakin meningkat. Semuanya naik. Hari ini kita tidak dapat lagi menikmati harga 1 tin susu sweetened creamer 505 gram dibawah RM 2.00. Harga telah mencecah sehingga RM 2.40, ada yang sehingga RM 2.50, RM 2.60. Kunjungilah ke pusat membeli belah dan anda akan dapati harganya lebih kurang sama. Kalau ada yang menawarkan harga rendah pun disebabkan tarikh luput yang sudah hampir. Ini baru dikaitkan dengan harga susu, barangan lain? Inilah realiti kehidupan yang terpaksa dihadapi dan dipikul oleh semua pengguna. Walaupun harga barang melambung naik, "beli tetap beli" kerana ianya barang keperluan seharian.
Persoalannya mengapakah kenaikan itu begitu mendadak, kerap dan tidak relevan. Naik bukannya sedikit. Sekali berlaku kenaikan mencecah 20 hingga 30 sen. Nilai kenaikan semuanya adalah "round-up figures" iaitu samada 5 sen atau 10 sen. Senang cerita...sudah tidak ada kawalan lagi. Naik, naik dan terus naik pada bila bila masa dan mengikut suka. Tidak ada langsung mekanisma kawalan. Yang sudah pasti bebanan pada pengguna. Apalah erti kenaikan pertumbuhan ekonomi yang mampan tetapi harga barang terus melambung. Apa peduli dengan itu semua? Yang penting rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa dan tidak membebankan. Sudah sampai masanya slogan "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan". Untuk lebih relevan, kerajaan sepatutnya beri fokus lebih kepada "rakyat didahulukan". Lupakanlah buat sementara pada "pencapaian diutamakan". Kenaikan harga barang perlu dikawal dengan berkesan dan kalau ada kenaikan pun dengan angka yang munasabah. Untuk itu, penggunaan semula wang syiling 1 sen diperkenalkan semula sebagai mekanisma kawalan. Sebagai contoh, sekiranya kenaikan harga gula hanyalah 10 sen, pastikan harga minuman seperti teh, kopi dsb tidak berlaku kenaikan. Kelayakkan kenaikan harga hanya boleh dipertimbangkan apabila berlaku kenaikan pada barang keperluan asas seperti gula, beras yang mencecah sehingga 30% kenaikan. Ini adalah sebagai contoh sahaja dan mungkin ada cara yang lebih baik. Janganlah rakyat selalu menjadi mangsa apabila berlaku krisis kenaikan harga. Sudah sampai masanya syiling 1 sen dipergunakan semula dalam urusniaga harian. Salam....